Saturday, July 23, 2011

WuXia!!!

Hari KHAMIS bersamaan 21/7/11. Sambil tengah cropping specimen card, tajul kat sebelah tengah sign out kat att book, so ape lagi aku ajak die tgk wayang then tajul pon cakap ok. Aku bergegas ke TS nak tgk muvie ape yang ade!!.. ok antara dua SENARIO OR WUXIA. Ape lagi takkanlah aku nak tgk SENARIO, nanti rugi pulak.. So memandangkan aku terpandang DONNIE YEN n TAKESHI KANESHIRO aku bercadang nak tengok WUXIA. So wayang kitorang pukul 6:50 pm.

 Film Wuxia ini dibintangi oleh aktor Donnie Yen, aktor Takeshi Kaneshiro dan artis cantik Tang Wei. Film ini merupakan produksi negara hongkong.

Wuxia berkisah tentang seorang pemilik Fabrik kertas sederhana Liu Jinxi(Donnie Yen) yang tinggal di sebuah kampung bersama isterinya Ayu(Tang Wei) dan dua orang anak.

Suatu hari kedai miliknya dirompak, dan dalam mempertahankan kedainya, Donnie Yen berhasil membunuh dua perompak tersebut. Seorang detektif Xiu Baijiu(Takeshi Kaneshiro) ditugaskan untuk menyelidiki kes ini beserta seorang ilmuwan, mulai mencurigai bahwa pemilik kedai itu Liu Jinxi(Donnie Yen) tidak selembut dan setenang penampilannya,Takeshi bertindak sebagai seorang penyiasat yang sangat mahu mencari identiti sebenar Liu Jinxi.

Filem yang berdurasi 1 jam 56 minit ini pada permulaanya sangat bosan tetapi apabila Detektif Xu Baijiu(Takeshi) merungkai setiap satu kejadian bagaimana Liu Jinxi(Donnie) membunuh dua orang perompak tersebut.Sangat Teruja menyaksikan beliau menyiasat. Beliau bagaikan dibawa ke tempat di mana kejadian itu berlaku.

Mungkin penonton sangat teruja menyaksikan Xiu Baijiu menggunakan jarummya.. :-)