Saturday, March 17, 2012






Selamat Pengantin Baru REENI ZURAINI BT ABDUL GHANI

terimalah beberapa pantun untuk pasangan mempelai.. :-)

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Perjalanan ke penang dengan satu tujuan utama untuk melihat persandingan antara RAKAN BAIK kami. Aku, iem, kema,tini n abg wan pergi menghadiri upacara pekahwinan REENI and FAZLI aka APEK.. :-)

Dunia ni memang kecil yang mana sebenarnye FAZLI u adalah kawan sekolah aku. Yah, die adalah seorang rakan yang baik selama yang aku kenal die. KELAKAR n ROCK kapak. Makin matang nampaknye sekarang.:-)

Perjalanan ke Penang pada kali ini seakan terase sesuatu yang kurang. Tak segembira seperti bila aku pergi ke PENANG pada pertama kali dulu. Entahla mungkin ade sesuatu yang menganggu pikiran tapi sangat gembira kerana dapat pergi melihat perkahwinan sahabat baikku.. :'-)

Terima kasih yang teramat sangat diucapkan kepada ahli keluarga REENI kerana kami tak perlu pergi ke meja buffet untuk ambil makanan. Semua telah tersedia.:-)

once again SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA KE ANAK CUCU