Monday, November 28, 2011

my beloved BLACK!!!!

SAGA BLACK and YAMAHA FZ 150i BLACK. This two vehicles is mine walaupun tidaklah segah mana tapi I LOVE kedua duanya.. Mmmmmmuuuaaaahhhhh :-)




Buku oh Buku

Buku oh Buku... This is my books collection. Started from Diploma till Degree. Bile masuk bilik and tengok kat buku buku ni semua , teringat kat kawan kawan during my UNIVERSITY days!!..:-) each book ada different story telling..hehehe.. Semua nota nota n text books disimpan baik oleh aku.:-) This books is not for selling nor borrowing because i cant afford to loss even one book because all is memory to me..:-)







Monday, November 21, 2011

wedding kak tin di kelantan..

hari bersejarah yang sangat dinantikan oleh NOROTINY HARUN kini telah datang juga. Hari yang diraikan bersama dengan SUAMI TERCHENTA. Moga pelayaran yang mereka tempuhi akan membawa mereka ke suatu destinasi indah yang menjadikan dua hati mereka bersatu selama lamanya.

Seawal jam 3.30 pagi aku dah bangun bersiap untuk mengambil semua penumpang. Yang terdiri drpd DIAN. IEM, NISA DAN SURIATI. Kemudian aku berjumpa dengan team lagi satu yang dianggotai oleh PIKA,KEMA,NISHA DAN ZILA. Kami berjumpa di plaza tol GOMBAK. Seperti dijanjikan kittorang berkumpul kat sana pada jam 7 pagi dan kemudian bertolak bersama sama menuju ke kelantan. Kami mengambil masa 8 jam untuk sampai ke KELANTAN. Hanya tuhan yang tahu betapa penatnye kami duduk kat dalam kereta. Mujur kereta kami ade penceria suasana iaitu iem dan suriati yang mane teletah mereka berdua menggelikan hati kitorang. Sesampaiye di kelantan kitorang terus menuju ke rumah kema. Penat, tapi dapat makan laksa yang mak kema masak. SEDAP sehingga menjilat jari.. yeayyy...

Malamnye pulak kitorang pergi membeli belh kat uptown kelantan iaitu kat wakaf che yeh. Aku, dian, nisa, su n iem tidur kat rumah makcik iem sebab die dah bgtau makcik die yang kitorang akan tidur umah sana. Pika, nisha,zila pulak tidur kat rumah mak kema.

Sangat nikmat rasenye dapat tidur setelah penat travel dr KL ke KELANTAN. Esoknye kitorang pergi wedding kak tin pukul 3 sebab budaya kat sana, setiap persandingan dilakukan pada pukul 3 petang. Simple wedding but nice..:-) CHANTEK kak tin dengan persalinan pengantinnya. Abg wan nampak gagh di PELAMINAN. :-) gud luck to both of you k!!..:) hehehehe..

Selesai wedding kak tin, kitorang menuju ke rumah makcik iem untuk amik baju dan segala peralatan. Bergeak menuju balik pada pukul 4 petang. Sampai di kl pada pukul 2.30 pagi. Oh gosh luckily sok tu AL, kalau tak mampos aku. Sebenarnye isnin tu aku AL tapi hari sabtu boss call ask me to come since short handed, aku cakap i will come, but at the end tak pergi jugak sebab terlampau penat.. :-) SORRY BOSS..







Sunday, November 13, 2011

antara CABARAN dan KEGILAAN!!!

Boleh tak nak bgtau yang aku sangat penat sepanjang satu bulan ni dek kerana baru pindah branch. UOB(M) PUDU. Banyak benda yang nak kene belajar. Seronok pada masa yang sama penat. Sangat takut dengan Morning Show aka CRPD.. Really 100x menakutkan. Hope so everything akan berjalan lancar, tak sanggup menerima kejutan yang tak dijangka lagi. Kalaupun ada kejutan, biarlah kejutan yang memberangsangkan. Dibawah inilah dimana aku duduk.. Bersepah kan?? banyak sangat Pending!!!





Monday, November 7, 2011

MasterChef Malaysia!!

MasterChef malaysia memang suatu rancangan realiti masakan yang menarik untuk ditonton. Banyak daya penarik dalam cerita ini.. Dari segi masakan, pengacaraan dan mainan emosi..:-) Tetiba nak masuk bidang culinary..:-)

Anugerah Skrin 2011!!

Jom lihat keputusan penuh para pemenang Anugerah Skrin 2011! Mari kita tengok siapa yang kena!
Kategori Drama
  1. Drama Terbaik – ‘Sanggul Beracun’ – Sabri Yunus
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, ‘Janji Syurga’
  3. Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, ‘Kum Kum’
  6. Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  7. Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  8. Drama Rantaian Terbaik – ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd
  9. Drama Komedi Terbaik – ‘Geng Surau’
  10. Videografi Terbaik – ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd
Kategori Filem
  1. 1. Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’
  3. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’
  6. Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’
  7. Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee
Kategori Penerbitan Dalaman
  1. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng
  2. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Selami Jiwa: Dato’ Fadzillah Kamsah
  3. Rancangan Hiburan Terbaik – Maharaja Lawak Akhir
  4. Rancangan Muzikal Terbaik – Shout Awards 2010
  5. Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2011: Top 12 Show
  6. Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama, ‘Pengemis Terhemat’.
Anugerah Khas
  1. Anugerah Yasmin Ahmad – Syamsul Yusof
  2. Anugerah Artis Harapan Pantene – Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji’
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG!!! :-)

Happy Birthday to me plus Penang mai....

birthday dah lama berlalu tapi nak jadikan ni ENTRY untuk kali ini jugak. hehehehe. Rasa cam terkejut bile dorang beli kek untuk aku. Sumpah tak terjangka, kekekeekek... Moreover, jemput tengok gambar gambar kami ketika bercuti di PENANG.. Penang membosankan!!!..:-)









Mengingati Kiamat Bangkit Keinsafan..

AL-QURAN adalah kitab dan mukjizat paling indah. Keindahannya bukan sekadar untuk diperdengarkan bacaannya tetapi diambil perhatian mengenai peringatan dan ancaman yang dijelaskan dalam ayatnya sebagai menambahkan ketaatan manusia kepada Allah pencipta semesta alam.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Apabila matahari digulung dan bintang berjatuhan dan apabila gunung dihancurkan dan unta yang bunting ditinggalkan tidak dipedulikan dan apabila binatang liar dikumpulkan dan lautan dijadikan meluap dan apabila roh dipertemukan dengan tubuh, bayi perempuan dikuburkan hidup-hidup ditanya kerana dosa apakah ia dibunuh, dan apabila catatan amal perbuatan manusia dibuka dan langit dilenyapkan dan apabila api neraka jahim dinyalakan dan syurga didekatkan, maka setiap jiwa akan mengetahui apa yang sudah dikerjakannya, sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang yang beredar dan terbenam demi malam apabila sudah hampir meninggalkan gelap dan demi subuh apabila fajarnya mula menyingsing, sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan mulia yang mempunyai kekuatan, kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai arsy ditaati lagi dipercayai.” (Surah at-Takwir, ayat 1-21)
Rasa takut dan cemas terbayang menekan kita. Ketakutan meliputi seluruh alam dan mencemaskan jiwa serta menggoncang dada. Malah, ketakutan mencengkam seluruh bumi dan langit yang digerakkan lagi oleh ketakutan dan digentarkan pula oleh firman-Nya.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Apabila terjadi hari khiamat, tidak seorang pun dapat berdusta mengenai kejadiannya. Kejadian itu merendahkan satu golongan dan meninggikan golongan yang lain. Apabila bumi digoncang sedasyatnya dan gunung dihancur luluhkan sehancurnya, maka jadilah debu yang berterbangan.” (Sural al-Waqiah, ayat 1-6)
Pada saat lain, ketakutan itu terlintas dalam bayangan dan bergoncang perasaan. Semua itu sebagai peringatan kepada kita untuk menambah ketaatan dan ketakwaan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang besar dan dasyat. Ingatlah pada hari ketika kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya. Dan gugurlah kandungan semua wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya.” (Surah al-Hajj, ayat 1-2)
Demikian gambaran demi gambaran yang ditampilkan Allah mengenai pemandangan hari kiamat. Sesekali perasaan takut merasuk ke jiwa dan pada saat lain berasakan kemantapan dan ketenangan.
Sesekali terbayang api neraka yang membakar dan sesekali pula hembusan sejuk angin syurga menerpa, lantaran itu pengenalan terhadap alam akhirat menjadi penting dan sempurna sebelum hari yang dijanjikan itu tiba.
Firman Allah yang bermaksud:
“Hari kiamat; apakah hari kiamat itu? Tahukah kamu, apakah hari kiamat itu? Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihamburkan.” (Surah al-Qariah, ayat 1-5)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Pada hari ketika manusia lari daripada saudaranya, ibu bapanya, isteri dan anaknya setiap orang daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan.”
Demikian paparan yang diungkapkan al-Quran mengenai peristiwa yang mengerikan. Ungkapan pemandangan kiamat tentu meresap, membangkit kesedaran dan keinsafan. Betapa hari kiamat senantiasa menjadi perhitungan dalam hidup. Ia begitu lekat dalam hati dan lisan. Lantas kita pun bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan dan ketaatan.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Allah akan melipat petala langit di hari kiamat lalu menggenggam dengan tangan kanan-Nya seraya berkata; Aku Raja segala raja! Di manakah orang yang membesarkan diri? Di manakah orang yang menyombong diri? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya seraya berkata: Akulah Raja segala Raja! Di manakah orang yang menyombong diri?”
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembus bumi dan kamu tidak akan mencapai setinggi gunung.” (Surah al-Isra’, ayat 37)
Kesombongan itu menggelapkan jalan ke syurga, merosak pergaulan, merenggang pertalian, memecah perpaduan. Al-Quran sebagai mukjizat dan penawar selayaknya ditampilkan sebagai panduan, peringatan bukan sekadar bacaan dan nyanyian malah sebagai penyatuan serta keinsafan.
Justeru, al-Quran sebagai mukjizat dan penawar bukan saja untuk dihayati keindahannya, malah memberi petunjuk untuk membina ketaatan, menjadi orang beriman yang membela kebenaran, memelihara diri daripada dosa dan kemurkaan.
Mengingati hari akhirat memberi kesedaran dan keinsafan bahawa penghujung jalan terbentang suatu lagi perjalanan yang masih panjang.

http://nurjeehan.hadithuna.com

Sunday, November 6, 2011

Terima Kasih IMBI....


Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga kerja UOB(M) Jalan Imbi. Cukup 10 bulan aku bertugas disana. Banyak kenangan dan pengalaman yang aku timba. Bersama sama dengan team OPERATION yang kesemuanya sangat menolong. MR YANG, LEE GUAT KEOW, KAK SHIDAH, FAIZAL, KAK SITI, TAJUL, ZAKI, ABG RAZREEN, LEE KENG PENG, TEE SUAT HOON, AMELIA. SEDEK, WEI YOKE.. Mereka inilah yang banyak membantu aku tatkala aku disana.

TERIMA KASIH SEMUA, THANKS TO ALL..:-)

BYE IMBI, HYE PUDU...

Selamat Hari Raya Aidiladha... :-)



Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.Bersamalah kita memahami maksud pengorbanan sepertimana kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan juga Pengorbanan Siti Hajar..

Mari kita kenali siapa Siti Hajar dan kehebatannya. Siti Hajar tidak lahir dari keluarga bangsawan, bukan juga dari keluarga ternama, malah hanya seorang wanita hamba sebelum Nabi Ibrahim a.s memperisterikannya.


Siti Hajar seorang wanita luar biasa kerana beliau berhadapan dengan pelbagai musibah besar merdeka sehinggakan Allah s.w.t memberi penghormatan tinggi kepadanya sebagai peneroka bumi Makkah dan insan yang menemui telaga air zam-zam sumber air yang terbaik di dunia.

Ya memang benar, beliau seorang wanita yang sungguh luar biasa. Sukar untuk ditemui pada wanita lain sepanjang zaman, dialah seorang wanita, isteri dan ibu yang tinggi jiwa pengorbanannya.

Beliau sangat taat, tabah, dan sabar. Ada apa pada Siti Hajar? Ramai orang yang meneguk air zam-zam, tetapi tidak meneguk Ibrah (pengajaran) daripada wanita yang mula-mula menyentuh air itu.

Sejarah menceritakan beliau wanita berkulit agak gelap, wajahnya tidak secantik madunya Siti Sarah. Beliau menjaga anak bernama Ismail. Ya, beliau biasa-biasa sahaja pada lahirnya.

Siti Hajar mempunyai hati seperti emas kerana diuji dengan pelbagai dimensi seperti hidup bermadu, fizikalnya diuji ketika ditinggalkan di padang pasir.

Akalnya pula diuji dengan ikhtiar tanpa bekalan, jiwanya diuji dengan tawakal, sabar dan bersangka baik kepada Allah s.w.t dan suami.

Memang Siti Hajar benar-benar luar biasa.

Tatkala Siti Hajar ditinggalkan suami sedikitpun dia tidak menyimpan prasangka tidak baik pada suaminya. Apatah lagi bersangka buruk kepada Allah.

Kenapa dia ditinggalkan atau dibiarkan semua persoalan itu sedikit pun tidak menggoyahkan ketaatan Siti Hajar terhadap suaminya. Dalam diri Siti Hajar terbina satu benteng ketaatan kepada Allah s.w.t dan beliau membina ketaatan tinggi kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s.

Ketika Hajar ditinggalkan suaminya, beliau menyerahkan bersama anaknya kepada Allah s.w.t. Maka kepada Allahlah seluruh pergantungan hatinya.

Siti Hajar ikhlas dan reda kerana beliau menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t untuk memutuskan apa yang terbaik buat diri dan bayinya.

Ditinggalkan untuk membina kehidupan sendiri di bumi Makkah yang kosong dan tandus. Bayangkan jika kita diuji sedemikian rupa. Beliau juga yakin bahawa Allah s.w.t pasti tidak akan mensia-siakan dirinya.

“Barang siapa menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia berpegang kepada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allahlah kesudahan segala sesuatu,” (Surah Luqman ayat 22)

Ciri-ciri luar biasa yang ada pada Siti Hajar adalah hasil didikan suaminya seorang Rasul, jiwanya disibukkan dengan keinginan melaksanakan perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Beliau sentiasa memandang positif segala ketentuan Allah dan kerana ketulusan jiwa itu darjat Siti Hajar diangkat tinggi Allah s.w.t walaupun beliau lahir sebagai seorang wanita hamba.

Siti Hajar adalah contoh teladan buat bakal bergelar isteri dan ibu. Kuatkanlah pergantungan kepada Allah dan yakinlah pasti ada selaut kemanisan tersembunyi di sebalik kepahitan takdir-Nya. Itulah punca dan sumber kekuatan utama.