Sunday, December 11, 2011

Ombak Rindu



Wow it is a great movie mari kite lihat serba sedikit synopsis tentang cerita OMBAK RINDU ni:-

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka. 

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari VILLA OMBAK Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah. 

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Garapan yang hebat oleh pengarahnya walaupun diadaptasikan dr novel. Pengarah berjaya menterjemahkan dalam satu naskhah filem. Satu scene yang mungkin membuatkan penonton terkesan bila mana izzah tidur di pangkuan hariz berlatarbelakangkan scenary yang sangat chantek. Teknik sinematografi yang boleh dikatakan agak sempurna. Juga scene dimana izzah membaca surah yaasin. Merdu lunak suara nya.

GREAT FILM!!! :-)


Saturday, December 3, 2011

Menginsafi Diri

"kadangkala ALLAH hilangkan MATAHARI seketika lalu ALLAH turunkan guruh dan petir lalu kite mencari mana guruh dan petir tapi allah hadiahkan kite pelangi"

Dalam hidup ini rasanya kita banyak bahkan terlampau banyak diberikan peluang oleh yang maha ESA. Syukur kehadrat illahi kerana kita masih bernafas sehingga ke hari ini. Katakanlah kita meninggal sewaktu tidur, cukupkah bekalan yang hendak dibawa diSANA?? bagi aku, tak cukup dan aku sangat takut akan kehidupan selepas mati iaitu kehidupan alam barzakh. Setiap hari aku berdoa agar aku, keluargaku, kawan kawanku diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi ini lebih lama.

Mengingati mati adalah suatu perkara yang mesti diingati oleh seluruh umat islam, jika mengingati mati kita akan rasa takut dan akan memperbaiki segala keburukan diri kita.

Andai nyawaku diambil oleh yang maha ESA pada keesokan harinya, sedekahkanlah diri ini al fatihah.