Saturday, December 3, 2011

Menginsafi Diri

"kadangkala ALLAH hilangkan MATAHARI seketika lalu ALLAH turunkan guruh dan petir lalu kite mencari mana guruh dan petir tapi allah hadiahkan kite pelangi"

Dalam hidup ini rasanya kita banyak bahkan terlampau banyak diberikan peluang oleh yang maha ESA. Syukur kehadrat illahi kerana kita masih bernafas sehingga ke hari ini. Katakanlah kita meninggal sewaktu tidur, cukupkah bekalan yang hendak dibawa diSANA?? bagi aku, tak cukup dan aku sangat takut akan kehidupan selepas mati iaitu kehidupan alam barzakh. Setiap hari aku berdoa agar aku, keluargaku, kawan kawanku diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi ini lebih lama.

Mengingati mati adalah suatu perkara yang mesti diingati oleh seluruh umat islam, jika mengingati mati kita akan rasa takut dan akan memperbaiki segala keburukan diri kita.

Andai nyawaku diambil oleh yang maha ESA pada keesokan harinya, sedekahkanlah diri ini al fatihah.

No comments: