nikmatilah sedikit sebanyak gambar gambar ini yang mempunyai ceritanya tersendiri..:-)
Tuesday, May 17, 2011
Monday, May 16, 2011
Impian Menjadi Kenyataan (FIRST CLASS DEGREE)
Tak terjangkau di pikiranku bahawa aku akan meneruskan pelajaranku sehingga ke peringakat Ijazah Sarjana Muda. Kerana pada dulunya aku adalah seorang budak yang sangat lemah dalam pelajaran, sering diabaikan oleh guru kerana lambat sangat nak pickup terutama bile mata pelajaran math bermula. Tulah yang dikatakan rezeki, Tuhan dah tentukan segala galanya untuk makhluk ciptaanNya di muka bumi ini, jadi kite haruslah senantiasa melaksanakan tugas kite kepadaNYA.
15hb MEI 2011.. akhirnye tiba masa yang ditunggu di mana hari yang paling bersejarah dalamhidupku, juga sebagai permulaan untuk aku memulakan langkah yang lebih jauh mendaki puncak yang tertinggi.
Seronok apabila di kehidupan ini, kite ditemani rakan rakan sewaktu susah, senang, hilai ketawa.. Dari zaman SEKOLAH, DIPLOMA, DEGREE, PRAKTIKAL sehinggalah di zaman KERJA yang mana setiap kawan itu sangat memainkan peranan yang penting. Bertambah seronok apabila kami sama sama dapat mengenggam segulung ijazah bersama sama.
Sunday, May 15, 2011
TIOMAN!! best..:-)
Percutian ini sebenarnye telah dirancang dan diatur oleh kawan baikku iaitu faris.. tanpa perancangan die,aku takkan sampai ke pulau tioman. Tepat jam 9, aku Diana,saida n faris bergerak menuju ke mersingmenaiki bas TRANSNASIONAL. Perjalanan kamimengambil mase 5 jam. Pejam celikpejam celik still tak sampai gak, lenguh punggung dibuatnya. At last pukul 2:30 baru kami sampai di MERSING dan kami terus beli tix ke pulau TIOMAN. Lega gila bila sudah sampai..:-)
Di TIOMAN, kami menginap di IMPIANA INN yang mana suasananya lebih menjurus kepade suasana kampung. Di IMPIANA INN terdapat sebuah masjid, so IMPIANA INN sangat sesuai untuk dijadikan tempat tidurkerana mudah bg kaum lelaki untuk mengerjakan solat JUMAAT.
First day kitorang banyak dihabiskan dgn mengemas baju,tangkap gambar dan melihat kawasan sekitar.
Hari kedua adalah hari yang paling menggembirakan aku dimana kami semua akan bersnorkeling di 4 tempat yang berbeza. Menikmati keindahan alam di dasar laut adalah sesuatu perkara yang sangat menakjubkan. Gayat tak payah cakapla.. aku boleh rase aku akan lemas since kedalaman die sangat dalam. Monkey bays, marine park,shark place antara tempat yang kami pergi.. AWESOME gile..:-) Aku rase sangat seronok!!!! Kami bersnorkeling dr pukul 9:30pagi sehingga asar.. Sangat lama, thanks to ALI, pemandu bot kami.:-)
Sunday, May 1, 2011
Saturday, April 30, 2011
Makan dan tatu polis..
Hari yang paling membahagiakan aku adalah apabila aku dapat makan ayam ayam kegemaranku di Seoul Garden. Satu tempat yang menjanjikan kepuasan. Eat anything u want and please finish ur food!!!..:-) AKU, FAHMI, IEM N NAWAL. Satu elemen surprise aku hadiahkan pada iem n fahmi dimana dorang langsung tak tahu yang kawan gossip mereka aka NAWALCHAN akan datang.. hehehe. Sorry guys. Missing one person here (MOHD FIRDZUS BAKRI) yang senantiasa dgn kebusyannya.
Selepas habis menikmati makanan selama plus minus 3 hours, kitorang pon beransur pulang. Sebelum pulang kami just go to starbucks to buy drinks. I seronok dapat menikmati JAVA CHIPS. Sukeeeeeee.
Then, selepas beberape ketika kami pon beredar. Fahmi balik dgn Nawal. Me with iem menuju ke STADIUM MERDEKA untuk men yaksikan seakan MARCHING polis kat sana. Seawal pukul 6 kami sudah berada disana, dan acara hanya start pada pukul 8:45 malam dek kerana menunggu kedatangan VVIP yang sangatla lambat!!!!!. TAK PUNCTUAL!!!!!
The event was not so boringla, every persembahan die ade kelebihan . Dari PANCARAGAM, KAWAD TANPA PERINTAH, KAWAD PATUNG, PERTUNJUKAN KUDA, MOTORSCROSS, MOTOR PARACHUTER, NORMAL PARACHUTTER.
Subscribe to:
Posts (Atom)