Tak terjangkau di pikiranku bahawa aku akan meneruskan pelajaranku sehingga ke peringakat Ijazah Sarjana Muda. Kerana pada dulunya aku adalah seorang budak yang sangat lemah dalam pelajaran, sering diabaikan oleh guru kerana lambat sangat nak pickup terutama bile mata pelajaran math bermula. Tulah yang dikatakan rezeki, Tuhan dah tentukan segala galanya untuk makhluk ciptaanNya di muka bumi ini, jadi kite haruslah senantiasa melaksanakan tugas kite kepadaNYA.
15hb MEI 2011.. akhirnye tiba masa yang ditunggu di mana hari yang paling bersejarah dalamhidupku, juga sebagai permulaan untuk aku memulakan langkah yang lebih jauh mendaki puncak yang tertinggi.
Seronok apabila di kehidupan ini, kite ditemani rakan rakan sewaktu susah, senang, hilai ketawa.. Dari zaman SEKOLAH, DIPLOMA, DEGREE, PRAKTIKAL sehinggalah di zaman KERJA yang mana setiap kawan itu sangat memainkan peranan yang penting. Bertambah seronok apabila kami sama sama dapat mengenggam segulung ijazah bersama sama.