Sunday, May 15, 2011

TIOMAN!! best..:-)


Percutian ini sebenarnye telah dirancang dan diatur oleh kawan baikku iaitu faris.. tanpa perancangan die,aku takkan sampai ke pulau tioman. Tepat jam 9, aku Diana,saida n faris bergerak menuju ke mersingmenaiki bas TRANSNASIONAL. Perjalanan kamimengambil mase  5 jam. Pejam celikpejam celik still tak sampai gak, lenguh punggung dibuatnya. At last pukul 2:30 baru kami sampai di MERSING dan kami terus beli tix ke pulau TIOMAN. Lega gila bila sudah sampai..:-)

Di TIOMAN, kami menginap di IMPIANA INN yang mana suasananya lebih menjurus kepade suasana kampung. Di IMPIANA INN terdapat sebuah masjid, so IMPIANA INN sangat sesuai untuk dijadikan tempat tidurkerana mudah bg kaum lelaki untuk mengerjakan solat JUMAAT. 

First day kitorang banyak dihabiskan dgn mengemas baju,tangkap gambar dan melihat kawasan sekitar.

Hari kedua  adalah hari yang paling menggembirakan aku dimana kami semua akan bersnorkeling di 4 tempat yang berbeza. Menikmati keindahan alam di dasar laut adalah sesuatu perkara yang sangat menakjubkan. Gayat tak payah cakapla.. aku boleh rase aku akan lemas since kedalaman die sangat dalam. Monkey bays, marine park,shark place antara tempat yang kami pergi.. AWESOME gile..:-) Aku rase sangat seronok!!!! Kami bersnorkeling dr pukul 9:30pagi sehingga asar.. Sangat lama, thanks to ALI, pemandu bot kami.:-)

Hari ketiga kami mula terase kesedihannya..berat hati nak meninggalkan TIOMAN since sangat seronok di sana. Seawal 8 pagi kami bertolak balik dr TIOMAN kerana keesokan harinya aku akan menghadiri hari besarku..:-)